Tuesday, 31 January 2012

Fatin Ke Sekolah

Salam.... Aku since last year aku mencari-cari tadika mana yang sesuai utk puteriku untuk bersekolah.. Setelah search di internet dan tanya2 dengan kengkawan... hati nie berminat dengan Genius Aulad..tapi malangnya... sudah penuh sebab aku terlambat utk register...sudah penuh.... waduh.... emm terpaksala cari alternatif lain...  Namun rezeki puteriku...january 2012,aku call GA dan ada kelas kekosongan kerana mereke buka kelas tambahan tetapi sessi afternoon...emmm tak per la ...as long dapat masuk Genius Aulad...alhamdulillah.....

30.01.12 aku daftar fatin... walaupun terlewat sebulan namun aku rasa bersyukur.... hehehe...well bercakap pasal yuran..hehehehe..oklah... Yuran pendaftaran RM788, buku - RM 22,uniform 2pasang -RM 76,monthly RM238 dan transport RM100 (one way sahaja)...tengahari aku terpaksa korbankan waktu lunch utk anta Fatin ke sekolah.....




Wednesday, 18 January 2012

20 Amalan Murah Rezeki

1. Menyempatkan diri beribadat
2. Memperbanyakkan istigfar
3. Tinggalkan perbuatan dosa & Maksiat
4. Sentiasa ingat Allah
5. Berbakti dan Mendoakan Ibubapa
6. Berbuat baik dan menolong orang yang susah
7. Tunaikan hajat orang lain
8. Banyak berselawat
9. Buat kebajikan banyak2
10. Berpagi-pagi
11.Menjalinkan silaturrahim
12. Melazimi kekal berwuduk
13. Bersedekah
14. Melazimi solat malam (Tahajud)
15. Melazimi solat Dhuha
16. Bersyukur kepada ALLAH
17. Mengamalkan zikir dan ayat Al-Quran tertentu
18. Berdoa
19. Berikhtiar sehabisnya
20. Bertawakal kepada Allah swt

Thursday, 12 January 2012

Selamat Tahun 2012

Salam... Selamat Tahun Baru 2012... Emmm mungkin agak terlewat..tapi better says rather than not... hehehehe.. welll tahun 2012 nie telah membuka lembaran baru bagiku... off course suka duka tawa nangis.. emmm macam macam ada...wahhhh macam dalam astro la pulak..... Tapi aku ingin panjatkan SYUKUR pada ALLAH swt kerana telah memberi rezeki padaku pada awal tahun.... Moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan rezeki dan segala urusan kerja....

Alhamdulillah ...kandungan ku ini telah mencecah hampir 4 bulan....Aku cuma pohon pada Ilahi agar kandungan ku kali ini selamat dan aku selamat melahirkan.... Walaupun masih ada sisa trauma dek kelahiran lepas, namun aku REDHA dengan ketentuan ALLAH swt... DIA yang MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat hambaNya... Namun aku masih perlukan kekuatan, keberanian untuk mengharungi hidup ini...Syukur aku mempunyai suami yang sangat positif, memahami dan sentiasa memberiku semangat dan motivasi...Thanks sayang.....

Bercakap tentang kehamilan ku kali ini, memang aku kepingin cahaya mata lelaki.. namun naluri aku nie berkata anak perempuan... emmm tak per la...asalkan aku selamat bersalin dan anakku selamat dilahirakan... Aku percaya ALLAH merencanakan yang TERBAIK buat hambaNYA...